***
jadilah kamu orang yang baik, orang yang baik bila ada di sukai, bila tiada di rindui, bila mati di tangisi,
janganlah kamu menjadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri.
Sayyidina Ali Bin Abi Talib.
***
sebenarnya, perasaan yang gusar tambah dengan kusam tadi, sedikit sebanyak telah hilang, malah padam sedikit demi sedikit. terima kasih kerana seringkali diri ini diberi semangat tanpa lelah oleh sahabat sahabat yang di sayangi. luka lagi tidak bermakna diri ini semakin lemah. malah bertambah kuat. zahirnya seperti manusia hilang akal tetapi batilnya kuat seperti seteguh hati yang kental.
kita manusia boleh berkata itu ini. kutuk sana sini. mana yang betul dan salah biar ALLAH yang tentukan. tidak berlagak alim. tetapi jika kita berada di pihak yang benar tidak perlu takut, tidak perlu rasa goyah. kuatkan diri untuk hadapi ancaman. tetapi jika ancaman yang datang itu adalah ancaman sampah , jangan dilayan. kerana buang masa. tiada guna berlawan dengan sampah kerana sampah tetap sampah. baunya busuk dan akan kekal begitu.
mengalah tidak bermaksud sudah menjadi pengalah untuk selamanya. tetapi jika mengalah untuk kebaikkan orang lain, tidak salah begitu. jika pernah di caci, di benci, di maki, di hina, dan jika kamu yang meminta maaf di atas kesalahan yang bukan salah kamu. maka kamu hebat. kamu hebat kerana telah mengurang kan dosa orang yang mencaci, memaki, menghina kamu. hebat bukan kamu.
Dan dengan ini. saya minta maaf atas segala kesalahan saya. sekian.
jadikankan lah aku dalam kalangan orang yang sabar.
kneel down. pray.
amin.


No comments:
Post a Comment