Kadang kadang, kita ni berlagak kita sentiasa ada untuk sahabat kita.
Kita canang satu dunia kita ni sahabat yang sentiasa di sisi.
Kalau boleh kita gembar gembur kan, kita lah orang pertama yang akan risau kalau sahabat kita sakit.
Dasarnya tampak begitu.
Kita ini kalau boleh mahu jadi perhatian. senang di ingati. sampai kita tidak sendiri tidak keruan. Minimal fantasi yang di jadikan dunia sendiri.
kita suka cakap bongkak, kita cakap besar, kita cakap itu ini. ayat pisau , tajam, pedih. perit.
Tapi, kita penipu.
Kita dusta. kita psiko pemikiran orang lain dengan ayat kita sendiri.
Kita ini manusia apa? diskriminasi persahabatan yang di ada-adakan di dunia sementara kemudian Berimaginasi hingga ke bulan??
Konon seperti mahu menggapai bintang. walhal, sempadan nya sendiri kamu tidak tahu.
Paranoid kamu ini. kamu angkuh dengan kata kata bodoh yang di reka reka.
Kamu. Kita. Dia. Penipu.


No comments:
Post a Comment