***
dia : pokok besar ni sentiasa merimbum bilamana saya dan awak ada di sini.
saya : ini pokok kita. janji ye, setiap hari bila kita lalu di sini. kita akan pastikan pokok besar ini sentiasa merimbun seperti kasih sayang kita.
***
saya : kini pokok ini semakin besar, tetapi tidak merimbun seperti dahulu. kerana semua itu telah hilang. seperti dedaun kering yang terbang dan bertaburan di bawahnya.
***
kita pernah berjanji.
pokok ini pokok kita serimbun kasih sayang yang kita benih selama ini.
kita pernah menangis berdua di pokok ini. hanya awak dan saya.
pokok ini seakan memahami, bilamana hujan membasahi dedaun merimbun.
kita pernah gaduh tumbuk di hadapan pokok merimbun ini.
pokok ini di tiup angin kencang. kita berdua melihat sendiri. kita diam.
***
pokok besar impian kita, sudah lama tidak dijenguk. terbiar begitu sahaja.
entah di semai. entah di benih atau tidak.
dan saya rasa keberangkalian pokok tidak di benih, di baja sangat banyak.
maaf pokok merimbun yang pernah jadi impian kita. sampai sini saja.
fyy mokhtar. Allah doesn't give you the people you want, but he gives you the people you need. Trust ALLAH.
salam.


No comments:
Post a Comment